Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
This was the step by step makeover that I was most excited about out of all the 3 ones I did for Harian Metro. This was done on another best friend of mine and it was meant to be a glamourous Aidilfitri Open House ala Middle Eastern make-over. However disappointingly, when it was published the printing work of the main photo gave a terrible impression to my original work. The shading was much harsher, and the eyeshadows were so badly smeared under the eyes. To make matters worse, the title printed was Simple Make-up, which resulted in me receiving SMSes of negative remarks on my make-up work sadly. Nevertheless, it was definitely and experience to learn and I still appreciate the opportunity given by Harian Metro although I was a fresh newbie then. =) Nevertheless hope you can compare my original work with the one printed in the newspaper here. =)
_________________________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Solekan langkah demi langkah ini adalah yang paling Sue teruja daripada 3 solekan yang Sue lakukan untuk Harian Metro. Solekan ini dilakukan kepada seorang lagi kawan baik Sue dan sepatutnya bertemakan solekan glamor ala Timur Tengah untuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri. Namun mengecewakan apabila solekan ini diterbitkan cetakan foto utama tersebut telah memberi gambaran buruk untuk kerja asal Sue. Shading kelihatan terlalu ketara dan pekat, dan pembayang mata pula kelihatan terlalu garang dan comot di bahagian bawah mata. Untuk memburukkan lagi keadaan, tema yang ditulis ialah Solekan Sederhana, natijahnya Sue menerima pelbagai SMS mengkritik solekan Sue secara negatif. Walaubagaimanapun, ia merupakan pengalaman berharga buat Sue dan Sue masih menghargai peluang yang telah diberikan oleh Harian Metro untuk jurusolek baru seperti Sue pada waktu itu. =) Namun Sue berharap anda dapat menilai dan membandingkan kerja asal Sue dengan yang telah diterbitkan di dalam akhbar di sini. =)