Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Harian Metro wanted me to create 3 different looks for their Ramadhan/Aidilfitri editions. As for this one they wanted simple, thin & natural make-up suitable for daily usage in Ramadhan. I wanted create the make-up which makes my best friend cum model Shazana to look more radiant, yet she does nott look too made up because she is already naturally beautiful.
As said by supermodel Naomi Campbell, " A 'no make-up' make-up takes a good 10 minutes to be done." I believe this is only on the skin not the whole look yet.
According to one my most favourite proffessional make-up artistes, Khir Khalid whose specialty is on nude make-up, he said it is the most difficult to create the nude look because it is a challenge to create a natural, beautiful make-up by concealing the imperfections of the skin effortlessly.
Although this is not exactly the best nude make-up, it still made me nervous to put on make-up on Shazana who already looks awesome naturally with pretty features and especially fair, clear skin but instead would always look terrible with make-up, seriously. However I did it anyway, and it was a compliment when she dreaded to wash off her make-up before taking ablution for prayers. =D
_________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Harian Metro mahukan Sue mencipta 3 rupa berbeza untuk edisi Ramadhan/Aidilfitri mereka. Untuk solekan ini, mereka inginkan solekan yang ringkas, nipis dan semulajadi sesuai dengan pemakaian seharian khususnya di bulan Ramadhan. Sue mahu mencipta solekan yang menjadikan rakan karib Sue, Shazana kelihatan lebih segar berseri, tanpa kelihatan terlalu bersolek kerana beliau sendiri seorang yang cantik semulajadi.
Seperti yang dikatakan oleh supermodel Naomi Campbell, "Solekan 'tiada solekan' sebenarnya mengambil masa 10 minit untuk menghasilkannya." Sue pasti itu cuma pada bahagian asasnya sahaja dan bukan keseluruhan hasilnya lagi.
Menurut salah seorang jurusolek tersohor yang paling Sue kagumi, Khir Khalid di mana kepakaran beliau ialah pada solekan nude (bogel seakan tiada solekan), cabaran terbesar ialah untuk solekan nude kerana ia sukar untuk menciptakan kulit yang cantik semulajadi dengan menyamarkan noda dan ketidaksempurnaan kulit seperti tiada solekan. Walaupun ini bukanlah solekan nude yang terbaik, namun Sue agak gementar untuk menyolek Sha kerana beliau yang sememangnya mempunyai raut wajah cantik dengan kulit yang mulus selalu akan kelihatan tidak elok dengan solekan. Namun alhamdulillah Sue berjaya mendapat pujiannya apabila beliau amat menyukainya dan berasa sedih untuk mencuci solekannya kerana mahu menyempurnakan wudhu' untuk bersolat. =D
No comments:
Post a Comment