Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
I was invited by a group of Business students from UNITAR to conduct this workshop especially for their Entrepreneurial Skills course. 40 participants participated consisted of UNITAR students as well as outsiders which touched me because they spared their precious Saturday to learn from me. Everyone was charged RM 25 per head inclusive of tea break and door gifts (an adorable tiny make-up set from Markwins).
It started at 10am till 12.30pm for the first session where I introduced to them about the essential tools and brushes one needs for proper make-up. Not only that I shared with them the correct and essential ways to having smooth beautiful skin. I also did a demonstration of day make-up on a participant.
After lunch we resumed for the second session where I taught them step by step ways of having a glamourous function make-up did on another participant. I shared with them of the essential products and shades one need to have in her/his make-up kit to create this look.
We ended at 4.30 and I was more than relieved and happy that everything went smoothly and definitely to see happy faces by the end of the programme. =)
_________________________
Assalamualaikum Stylistas of Abaya Suraya!
Sue telah dijemput oleh sekumpulan pelajar Perniagaan dari UNITAR untuk mengendalikan bengkel ini khusus untuk kursus Kemahiran Keusahawanan mereka. 40 peserta kesemuanya terdiri daripada pelajar-pelajar UNITAR juga orang luar yang membuat Sue terharu kerana sanggup meluangkan hari Sabtu mereka untuk belajar dari Sue. Setiap orang dikenakan bayaran RM 25 termasuk jamuan ringan dan cenderahati (satu set alat solek Markwins yang comel).
Untuk sesi pertama, program bermula dari jam 10 pagi sehingga 12.30 tengahari di mana Sue memperkenalkan alatan wajib ada seperti berus-berus penting untuk solekan yang baik. Bukan itu sahaja Sue berkongsi tentang cara-cara betul dan penting untuk menjaga kulit wajah. Sue juga melakukan demonstrasi Solekan Siang kepada salah seorang peserta.
Usai makan tengahari, kami menyambung sesi kedua di mana Sue mengajar solekan langkah demi langkah untuk ke majlis yang lebih glamor. Model dipilih dari para peserta juga. Sue berkongsi tentang produk dan warna-warna perlu milik dalam kit solekan mereka untuk menghasilkan solekan ini.
Majlis berakhir sekitar 4.30 petang dan Sue berasa amat lega dan gembira semuanya berjalan lancar dan pastinya kerana melihat wajah-wajah gembira dan puashati para peserta di akhir program. =)
No comments:
Post a Comment